HADIS QUDSI
Perdebatan Syurga dan
Neraka
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Neraka
berdebat dengan Syurga,
Neraka berkata: "Aku akan dimasuki oleh orang yang zalim dan takabur (sombong)".
Syurga pula berkata: "Aku akan dimasuki oleh orang yang lemah dan miskin".
Maka Allah Azza Wa Jalla berfirman kepada Neraka: "Kamu adalah siksaan Ku.
Aku akan menyiksa siapa saja yang Aku kehendaki melaluimu".
Allah berfirman: "Aku gunakan kamu untuk menimpakan bencana terhadap
siapa saja yang Aku kehendaki".
Allah berfirman pula kepada Syurga: "Kamu adalah rahmat Ku. Aku akan
berikan rahmat Ku melalui kamu kepada siapa saja yang Aku kehendaki.
Kedua-dua dari kamu Aku akan isi hingga penuh".

Iktibar & Pengajaran Hadis
- Sifat zalim dan takabbur (sombong) adalah sifat keji yang wajib dijauhi
- Zalim bermaksud tidak melakukan sesuatu perkara itu
menurut ketentuannya. Ia adalah lawan kepada sifat adil iaitu meletakkan
sesuatu pada tempat yng sewajarnya.
- Takabbur/sombong adalah satu perasaan bahawa dirinya mempunyai
kelebihan terhadap orang lain dalam sesuatu perkara seperti lebih banyak
ilmunya, lebih banyak perjuangannya, lebih cantik, lebih banyak amal
solehnya dan sebagainya.Ia adalah lawan kepada sifat tawadhu' iaitu
merendah diri.
- Golongan fakir miskin dan lemah adalah lebih mudah memasuki syurga sekiranya
mereka sabar dengan kemiskinan yang menimpa dan sentiasa bertaqwa kepada
Allah.
- Allah
Ta'ala memasukkan seseorang itu ke dalam syurga dengan rahmatNya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar